Wednesday, March 13, 2013

Thursday, October 18, 2012

Resepi Durian Crepe 1


Resepi Durian Crepe

Bahan-bahannya untuk membuat crepe:-

1 cawan Tepung Gandum
1 s/b Tepung Ubi
2 s/b Gula
1 cawan Air/ secukupnya
1/2 cawan Susu cair
1/2 s/k esen Vanila
2 s/k butter - dicairkan
1 biji Telur
Warna kesukaan dan secukupnya


Cara-cara memasak:-

Ayakkan tepung gandum dan tepung ubi.
Masukkan susu cair, air dan kacau rata.  Kemudian masukkan telur, dikacau lagi.
Setelah itu masukkan butter cair, esen vanila, gula dan pewarna, setelah sebati dan gula larut, tapiskan adunan tadi.  Pastikan adunan seperti hendak membuat lempeng tetapi sedikit nipis.
Masak crepe hanya disebelah bahagian sahaja (tidak perlu diterbalikkan).


Bahan-bahan untuk inti:-

Non-Dairy Whipping Cream/ Fresh Cream
Beberapa ulas durian - buang kan biji


Cara membuatnya:-

Putar kan whipping cream/ fresh cream menggunakan whisk sehingga kental.
Letakkan satu sudu cream di atas crepe kemudian letakkan isi durian dan ditutupkan dengan cream.  Akhir sekali, lipatkan crepe tadi seperti membuat popia.

Crepe Durian 2



Crepe Durian

sumber : http://ifahliana.blogspot.com/2012/10/crepe-durian.html


Bahan-bahannya..

100gm Tepung Superfine / tepung gandum
50gm Tepung Naik Sendiri
15gm Tepung Ubi
25gm Tepung Jagung
400gm Fresh Milk (air atau santan pun boleh)
1 biji telur
2 sudu besar butter cair / minyak
1/2 esen vanila (ikut suka)


Caranya..

Campurkan semua jenis tepung dalam mangkuk, kemudian masukan susu gaul dengan whisk sampai sebati baru masukan telur dan esen vanila. Akhir sekali masukan butter cair. (kalau nak blend semua bahan pun boleh). Biarkan adunan selama 1/2 jam.

Panaskan kuali  (guna kuali yang tidak melekat ye)..buat seperti kuih ketayap..buat nipis ye..jangan sampai garing ...Buat sampai habis.Biarkan sejuk.


Bahan untuk filling..

150gm fresh cream (Whipping non dairy) - pukul sampai soft peak
Isi durian secukupnya (sebaik-baiknya guna isi durian yang manis dan elok)

Kemudian ambil kulit yg telah sejuk...letakan fresh cream dan isi durian. Lipat empat segi...masukan dalam peti ais ...sedap dimakan masa sejuk...terasa duriannya...

Selamat mencuba...

Wednesday, October 10, 2012

Black Pepper Sauce

Sumber :


Bahan-bahan


Cara-cara




Tips :



Spageti Bolognese

Sumber

Bahan-bahan




Cara-cara



Tips :