Thursday, October 18, 2012

Resepi Durian Crepe 1


Resepi Durian Crepe

Bahan-bahannya untuk membuat crepe:-

1 cawan Tepung Gandum
1 s/b Tepung Ubi
2 s/b Gula
1 cawan Air/ secukupnya
1/2 cawan Susu cair
1/2 s/k esen Vanila
2 s/k butter - dicairkan
1 biji Telur
Warna kesukaan dan secukupnya


Cara-cara memasak:-

Ayakkan tepung gandum dan tepung ubi.
Masukkan susu cair, air dan kacau rata.  Kemudian masukkan telur, dikacau lagi.
Setelah itu masukkan butter cair, esen vanila, gula dan pewarna, setelah sebati dan gula larut, tapiskan adunan tadi.  Pastikan adunan seperti hendak membuat lempeng tetapi sedikit nipis.
Masak crepe hanya disebelah bahagian sahaja (tidak perlu diterbalikkan).


Bahan-bahan untuk inti:-

Non-Dairy Whipping Cream/ Fresh Cream
Beberapa ulas durian - buang kan biji


Cara membuatnya:-

Putar kan whipping cream/ fresh cream menggunakan whisk sehingga kental.
Letakkan satu sudu cream di atas crepe kemudian letakkan isi durian dan ditutupkan dengan cream.  Akhir sekali, lipatkan crepe tadi seperti membuat popia.

No comments:

Post a Comment